DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 20, 2010

I hate getting flashback from things I dont wanna remember

So I had a quite awesome day . Balik je dari sekolah tadi terus siap nak keluar dengan Tuan Syed Syairazi dan Tuan Irsyad Tahir bersama dengan Cik Siti and Encik Shakir Azlan . Sebenarnya tak ada la terus keluar . Nak tunggu saya bersiap je dah makan masa lebih kurang sejam or more . Dalam tengah hari macam tu baru keluar .

Mula mula ke Universiti Kebangsaan Malaysia , Tuan Irsyad Tahir ada hal . Then gerak ke Maktab Tentera DiRaja . Lepak kejap je . Tuan Syed Syairazi jumpa adiknya , Tuan Syed Aizuddin -rasanya itulah namanya , budak form five di sana . Ambil barang barang beliau untuk dibawa pulang . Then gerak ke Wangsa Walk Mall . Kami main bowling . Lepas main bowling , makan di A&W - I wonder apa maksud disebalik " A&W " tu . Then dah habis , ingat nak balik , tapi malangnya tak dapat . Kereta park jauh , tak berbumbung . Hujan turun selebat-lebat yang mungkin . Makin lama makin lebat . Untuk mengelakkan kebosanan menunggu hujan reda , semua lepak Subway . Hujan reda , balik .

Balik pun dalam kira kira jam sembilan setengah ke berapa berapa , tapi dalam lingkungan macam tu je la . Tak buat apa pun kan ? Tapi macam makan masa je :)

Anyways , I'd like to thank Tuan Syed Syairazi , si driver and planner for the whole day . Thanks a lot jugak sebab sudi bukak radio kuat kuat . Saya suka . HAHA :D Kepada Tuan Irsyad Tahir , thank you jugak la . Cik Siti , terima kasih sebab invite saya join . Encik Shakir Azlan , thank you juga :D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan tuan dan puan puan ,
PELEPASAN CALON CALON SPM 2010
Perkara di atas adalah dirujuk . Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan , SPM 2010 telah tamat .
2. Perjuangan calon calon sangat hebat dan bermaruah ! Mantap !
3. Dengan ini , diisytiharkan bahawasanya calon calon SPM 2010 dengan rasminya dilepaskan .

No comments:

Post a Comment