DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 09, 2010

Merdeka Conservation Dive 2010

Hello !
Seperti yang anda tahu , saya baru sahaja pulang dari Pulau Redang , Terengganu sebab ada event , Merdeka Conservation Dive 2010 . The trip was great and the dives was wicked awesome .

DAY 1 ; 06th August 2010
Sampai jetty pukul tujuh pagi . Bot pukul lapan . Setibanya kami di pulau , semua berkumpul di dewan sebab ada ucapan sikit . Tak sempat nak tangkap gambar masa awal sampai tu , sebab banyak sangat barang kat tangan ): Lepas habis berucap , edarkan kunci bilik segala macam , semua tak lepaskan peluang la berehat sekejap before turun first dive .

First dive was frigging awesome ! Ya Allah ! Sangat puas okay dapat dive , sebab tension sangat dah nak SPM ni . Naik je lepas first dive , terus mintak mak kunci bilik sebab nak update status facebook . Hehe . Second dive was tiring sebab tak dive for fun . Second dive tu sebab ada rehearsal untuk YB la segala macam . Memang letih sangat sangat la . Lepas tu dah takde dive dah . Naik terus , main main kejap lepas tu mandi . Malam tu ada ucapan lagi tapi daripada orang lain la , lepas ucapan ada tengok video , lepas tu kuiz . Memang happening gila la . Seronok . Yang mengantuk , hilang mengantuk .

Lepas habis je semua semua ni , kitorang jalan jalan . Ingat nak lepak dengan member wa yang duduk sana tu , sekali dia postpone besoknya . Last last duduk lepak dekat kedai makan , bolos duit Baba Black Wings . HAHA , tak baik . Dalam seronok seronok tu , boleh jugak kejadian jadi , phone Tara boleh buat best pulak hilang . Haish . Selamat tinggal je lah kan . Mimpi je lah nak jumpa balik phone tu dalam gelap dan pasir pantai tu .

Dalam pukul sebelas setengah malam tu , balik la sebab nak kena tidur awal . Al-maklumlah , big day besoknya :)

DAY 2 ; 07th August 2010
Kena bangun awal . Tak suka , tapi takpe . Dive punya pasal , sanggup ku bangun awal . Siap siap semua , keluar makan , set kan equipment , then sambut YB yang datang . Lepas sambut , semua yang terlibat dalam Grand Opening for Merdeka Conservation Dive 2010 kelam kabut la nak pakai equipment , turun laut semua . Lepas tu dah turun , tunggu jela kat situ sampai ada orang kata set , boleh naik . Kitorang naik , wa gerenti gempak punya ! Sebab wa pegang banner . HAHA , Takdelah . Bukan sebab tu , sebabnya sebab memang gempak la . Gerenti !

Dah habis grand opening , shooting session pulak . Untuk RTM , ASTRO , Al-Hijrah , Libur , e-Siswa , and else . Memang aku ingat semua sebenarnya -.-' Habis je shooting , makan . Lepas tu pergi dive ! Yeay ! First dive on the second day was great . Pretty (: Dah habis first dive on the second day , balik la pulau . Makan . Makan lagi . Habis makan , dive lagi . HAHA . Ini je lah kerja diver . Seronok . Second dive on the second day was the most awesome-est dive . Paling seronok , paling best , paling sikit orang join . HAHA . Best best . Last dive , memang la best kan ? Hehe , Timbul je kami masa last dive tu , hujun turun . Lebat gila dohh . Seronok . Rindu hujan dekat Redang (':

Sampai je dekat pulau , balik last dive tu , wa terus pergi mandi . Lepas tu makan . Lepas makan , semua berkumpul dekat dewan . Wa lupa la ada apa =.=" Lepas tu wa lepak dengan abang yang photoshoot wa tu , isi biodata . Dia kata interview nanti , ada akak tu akan call . Akak tu reporter . Abang tu tak . Abang tu ganti akak tu sebab dia tak dapat datang , ada hal lain . Abang tu kerja as a graphic design . Nak edit edit semua tu .

Lepas lepak dengan abang tu , lepak dengan uncle Malek pulak . Dok cakap pasal camera . Dah habis tu lepak dengan adik adik pulak . Cerita sakan . Lepas tu ingat nak p lepak dengan the boys sebab diorang ajak tapi pergi sorang la . Tak dan wa nak p , baru je bangun , diorang dah sibuk tanya , nak p mana . Fine la . Wa cakap jalan jalan . Alih alih diorang nak follow , dengan mummy mummy sekali nak follow . Okay la . Wa bawak arah bertentangan dengan the boys . Biar diorang rasa . HAHA ,

Dah have fun semua , pukul satu pagi semua diarah masuk bilik , tidur . Selagi tak arah , selagi tu dok terdampar di pasiran pantai . Tidur la semua kat tepi pantai tu (:

Eh , tak cerita pasal member wa tu , dia tak jadi lepak dengan wa malam tu sebab dia kurang sihat . So takpe , jumpa dia esoknya je lah kan .. Apa boleh buat .

DAY 3 ; 08th August 2010
Bangun pagi , mandi , packing barang , makan , lepak , bergambar , beransur pulang . Maaf , hari ketiga tak menarik sebab dia last day . Wa tak suka sebab kena balik , pergi sekolah -.- Tapi takpe . Wa dah deal dengan kenalan kat sana , habis SPM wa roger roger dia :DD

PHOTO GALLERY
Okay ni ada beberapa gambar wa nak post . Kalau nak tengok lebih lebih , jangan malu , jangan segan , singgahlah ke FB wa . Thanks and enjoy (;

Sekian , terima kasih (:
WOOLESS !

1 comment: