DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, August 02, 2011

Solat Sunat Tarawih & Witr

SOLAT SUNAT TARAWIH

1. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)

2. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

SEMBAHYANG WITR

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
ii- bagi rakaat yang akhir:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca doa Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi

No comments:

Post a Comment