DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, July 18, 2011

Princesses Trip to Jakarta

Halo halo halo! I'm back, baby! Hihi. I just came back from Jakarta, Indonesia yesterday - if I'm not mistaken. So, ni ni niiiiiii mak nak cerita pasal Jakarta, nyah! :D

DAY 1:
Setibanya kami, Kak Farah, Kakak, Yah, dan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, supir kami, Pak Sulis dah terlambai-lambai dah tangan panggil "Dila". Hihi. Dia bawak kereta Kijang Innova. Comel. Kijang :P Tapi jangan nak comel sangat lah kan? Masuk ke jalan raya, mak datuk! Bawak mengucap la banyak-banyak. Kereta himpit-himpit, jarak masing-masing seinci je. Kami yang dalam kereta yang mengelak kemain. Memang pening gila la. Traffic memang tak pernah nak tak jammed.

Pak Sulis bawak kami terus p hotel, tapi malang check in boleh pukul 2PM waktu local. Masa kami sampai baru dalam pukul 12PM or 1PM macam tu la. Alih-alih pak sulis hantar kami p mall, Grand Indonesia dulu. Kami pusing-pusing cari tempat makan. Last-last end up makan kat dunia asing called Marche. Masuk-masuk memang terasa cam orang asing 8|

Itulah antara gambar mereka mencari benda nak makan dalam dunia Marche tu. Mati kutu okay nak cari makan.

Okay setelah sekian lama mencari, masing-masing pun dah buat keputusan, p duduk kat meja. Nak tengok kami makan apa? Okay, I don't really care, Aku nak tunjuk jugak. :P


Tudiaaaaa. Black Angus Ribeye Steak. Menu Yah, Kak Farah dan sayaaa :D


Pizzaaaaaa. Makan reramai. Sedap super duper sedap okaayyy ;D



And last but not least, dessert! Yumm. Sangat superb! :D

Dah habis makan, perut dah kenyang, p shopping pulak dalam mall tu. Shopping tak banyak. Kasut jeh. Shopping kat kedai The Little Thing She Needs. Lawa-lawa bro kasut dia. Tarak tipu punyaaaaaa. Kalau tak beli, haish, menyesal okay.


Kak Fareeeee dengan Yeeehhh baru habis shopping. Kak Fare macam menuding ke arah benda yang seharusnya yah beli je? Cam, "Yah, tengok tu. Tu pun lawa. Yah patut beli tu sekali tadi". :P

Dah habis shopping baru balik hotel, check in. Dah malam jugak la time tu. Kira bila masuk bilik je boleh tidur terus la.

DAY 2:
Plan sebenar, nak p Bandung and Animal Safari. Plan memang dah kira baik punya la. Tapi malang, plan terpaksa di-cancel-kan dek kerana sesuatu yang lebih baik :P

Hari kedua kami dihabiskan dengan berjalan-jalan di Tanah Abang, Mangga Dua, dan lain-lain. Can't recall everything. But one thing to remember is, it was the very the superb, superb, and superb. Jalan punya jalan punya jalan sampai malam baru teringat kelaparan yang melanda diri masing-masing. Pak Sulis hantar kami ke plaza apa pun aku tak ingat. Kami p makan di Bakerzin.

Makan, makan, makan, tetiba Kak Farah teringatkan Aizzat. Kabut dia nak p cari baju untuk Aizzat. Kami tengah makan ni, dia boleh cakap, "Takpe, takpe. Kalau tak habis makan nanti kita p makan lain. Takut kedai tutup ni nak beli baju untuk Aizzat ni".

Dah p beli baju untuk Aizzat, jalan-jalan, ternampak Cold Stone. P la merasa ais krim tu. Aku letak tips, pastu dia nyanyi; Dudaaa dudaaaaa. Hihi. Like seriously double kecomelan melanda. Agak terkejut jugak la tetiba duadua staff dia nyanyi. Ingatkan tabung untuk tips je, rupanya dia ada tulis; Put coin for fun! :D

Dah habis jalan, mall pun dah tutup, baru call Pak Sulis suruh pick up. Balik hotel, tidur.

DAY 3:
Semula kami ke Tanah Abang untuk membeli baju raya. Al-maklumlah. Memang itu tujuan kami sebenarnya. Jalan punya jalan, pusing punya pusing, naik turun, turun naik, timur barat, utara selatan, baru jumpa yang kami minat. Belilah untuk mak satu, kakak satu, yah satu, aku satu, adik satu. Dah habis.

Pusing pusing lagi sampai sakit tumit, baru call Pak Sulis suruh pick up. Kak Farah ada appointment spa a.k.a meraba :P

Masa call Pak Sulis tu, dia kata jam. Kami dok fikir, dia p mana je la? Tak parking ke hari ni? Rupanya jam daripada atas tempat parking tu nak kebawah. Memang dassat punya jam. Sejam ke sejam setengah dia ambik masa nak turun. Naik berbulu jugak la tunggu. Sampai terbesila depan pintu mall tu. Like, seriously so Indonesian 8| Ada bukti siap niiiiii;


Hihihi. So Indonesian, right? Kalau foreigners lain nampak, sure diorang pun tak expect kami ni sama je dengan diorang; ; foreigners :P

Sementara kak Farah p spa, kami p jumpa kawan lama mak masa mak study kat Australia dulu. P makan nasi padang kat Sari Ratu. Not bad eh. Gambar gambar gambar


Lepas makan, borak, cerita apa semua, p jalan jalan dengan aunty tu. Aunty tu bawak kami p Thambrincity. Mall macam TS. Semata nak cari sebiji fridge magnet untuk Uncle Mie. Sampai naik tension aunty tu sebab tak jumpa. Naik geram dia :P

Last-last bila semua dah fed up, semua patah balik p Grand Indonesia tu. Jumpa je kak Farah, aunty tu tanya kak Farah, " I wonder how did you manage tu take care of these three girls.":P

Dah jalan jalan, bergambar lagi, lagi dan lagi :P




Oh! Lupaaaaaaa sangat nak bagitahu bahawasanya dekat sana, bila nak masuk mall yang grand grand, kena pass through security check dulu. Takut kita bawa bom agaknya? :P Ni bukti!


Okay dah. Bila dah nak balik tu, Pak Sulis tanya nak p Hard Rock tak? Kami senyap je. Dia bawak 5 ke 10 km/h macam haaarrrrr jugak ah. Bila dah decide, dia stop. Rupanya dah sampai. Kabut masing masing dengan tudung buka, dengan yang menonyoh muka dengan bedak, haish, macam macam. Padan la dia bawa laju tu je --'

Dalam Hard Rock, kami makan entree dengan dessert je. Kenyang enn. Before tu pun dah lahap Cold Stone lagi. Hihi.


Okay lepas lepak dalam sejam dua camtu, balik hotel. Pack bag. Tidur.

DAY 4:
Time to go hoooooooommeeee. Sampai airport, check in, p minum sambil tunggu departure time. Masa tengah tunggu tu, boring boring, conteng cup kertas kak farah. Hihi.


Masuk je, tunggu plane pulak. Tetiba ter-delay. Yah sangat batak okay dengan camera time tu. Bukti lageeeyyyy


Hihihi. Time naik plane aku pulak batak. Sebab ada Irwansyah, Bunga Citra Lestari :P Dalam flight macam biasa, tidur and tetiba dah sampai Malaysia. Waaaaahhhh.

HOME SWEET HOME ! :D

1 comment:

  1. Hai...boleh mintak no contact Pak Sulis tu tak? Nak g Jakarta Jan 2012 nti...nak cari supir siap2..hehe

    ReplyDelete