DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 10, 2011

Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

# Day 1 ( 09 January 2011 )
# 12:16 AM
# Meja study Cik Siti Nursyafiqah

Halo kawan kawan . Ceh dah macam diary la pulak en . Takde , bukan apa . Saya sekarang berada di Universiti Malaysia Sabah , Kota Kinabalu , Sabah . Flight pagi tadi pukul 11:30 AM berlepas kat LCCT . Tayar kapal terbang mencecah tanah balik dalam pukul 1:20 PM lebih kurang macam tu la .

Sampai je airport , lepas ambik bag semua singgah la kedai kat sana . Ternampak postcard . Terfikir , macam best la pulak kalau aku post postcard , tiap hari satu , dekat diri sendiri , macam Mr.Bean :p Eh bukan syok sendiri la , kawan . Tanda kenangan :p

Datang UMS ni dengan Viva , SAA 1743 B *kalau tak silap . Kalau silap , saya mintak maaf . Sampai je bilik , tukar baju , dengar MP4 , tidur sampai senja . Tak senonoh perempuan ni -,- Dah la bangun je terus pergi kafeteria , makan . Memang tak senonoh la do .

Ni dah malam , tak boleh tidur dek kerana terlebih lebih tidur petang . So aku mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu . Dan memandangkan aku tertinggal aku punya bahan peluk untuk tidur di rumah dan aku sangat tak boleh tidur nyenyak dengan bahan peluk , aku buat bahan peluk sendiri . Masih dalam proses . Percaya tak percaya , memang saya buat sendiri . Nak beli dekat airport tadi tapi tak ada duit . Apalah nasib :p

Okay mintak maaf . Tapi tangan baru sebelah kembung . Nak sambung lagi tapi dah malas sebab bengang dengan talian internet di sini . Lambatnya subhanallah . Mood nak tengok How I Met Your Mother pun dah terbantut doh . Haish ,

Eh nak tahu taaak ? Dekat sini , elektrik dia kejap ada kejap tak ada doh . Masa tengah menjahit menate tu , dah berapa banyak kali terbantut dek kerana tak ada elektrik . Bila dah ada balik baru sambung :D

Tak sabar nak habiskan menate tu . Boleh hug hug kiss kiss . Okay saya rindu Minyak Thambi :@ Kbye

12:51 AM

1 comment: