DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, September 17, 2010

I love Google

Weh , hari ni sekolah ke ? Tak kan ? Aku rasa tak o.O

Eh pagi tadi , bangun je tidur dah diajak pergi Shah Alam . Camera kakak rosak lagi . So kena hantar repair lagi sekali . So pergilah . Kat sana aku pekena Milo instant je . Yang tekan je dekat machine dah keluar air milo . Ya Allah sedapnya Milo diaa . Eh sorry , batak sikit . Hee , :DD

Lepas pergi Shah Alam , camera kakak dak siap repair habis semua , bergolek lah tayar kereta abah yang dah kena cakar dek Wolverine tu ke Ikea , Damansara . Kat sana tak buat apa . Nak beli perabut tak ada duit , so makan jela . Kami makan meatballs la for sure . Ambik lima belas meatball set , dua . Dua je . Aku makan tujuh setengah je , sebab nak fair and square dengan adik . Hee , baik kan saya ? Tahuu :') HAHAHA . Perasan .

Ha ini dia , meatball di Ikea ♥

Lepas habis makan , dalam pukul dua setengah jugak la , bergolek lagi tayar kereta abah tu ke KLCC pulak . Sampai sana , den pergi check charger MP4 dekat Sony Centre . Mak aih ! Cokik darah nyo ! Charger sahaja dah sampai RM140 . Weh , mana cukup duit nak beli . Duit raya pun tak sampai seratus , tahu ? Berangan jela kau nak beli , Athirah oiii .

Dah check tu , beransur pula saya ke Chilis , KLCC . Makan lagi . Yeay ! Saya suka makan . Nanti saya nak cari pakwe yang suka bawak saya pergi makan . Senang . Dekat Chilis , saya order Quesadilla Explosion . Nyam nyaaaam . Sedap sangat , okay ? Ingatkan nak order dessert , alih alih tak sempat . Dek kerana berjalan tak ingat dunia , balik Chilis balik , semuanya dah dibayar . Adoi , frustnya -,-'

So , ini dia Quesadilla Explosion Chilis :DD

Selesai makan , beransur pula kami ke rumah nenek punya makcik di AU2 , Keramat . Sekali lagi , makan . Adoi . Nak meletop perut ni , seharian makan je kerja .

Eh eh , tahu taaaakkk ? Sebelum puasa , berat aku 48kg . Masa bulan puasa , naik 2kg and that makes me 50kg la kan ? Masa raya pulak , naik lagi 2kg . Hamboi , tak hingat taauuu ? Dah 52kg dah ni . Subhanallah . Gemuknyaaaaaaaaaaa ! No commentlah .

Eh , bukan aku tak malu nak bagitahu berat badan . Tapi nak buat macam mana ? Itulah kebenaran .

Ni nak bagitahu nii , mak kata nak potong internet start ahad ni . Kalau menjadi plan mak , bye bye lah gamaknya . Memang tak la nak update blog kan ? Mesti sampai bulan Disember punyalah kalau potong . Habis , tunggu tahun depan jela kalau nak guna internet kat rumah ni . Hm , terima kasih la . Hebat , hebat , hebat *gaya Datin Wannabe TV3 . Siapa yang tengok jela tahu nada dia *

Oh yeah . Lupa pulak nak gtau . Tadi wa dah call Nikon Service Centre , dah tanya dah status baby wa . Alamak sedihnya cerita , apek tu kata belum siap . Depa tak jumpa lagi part yang nak kena replace tu ke apa benda entah . Tapi yang penting tak siap lagi la . Dia kata , " Sorry , miss . You have to wait a little bit longer . " And I was like , " Really ? Okay then . Bye . Thanks " . Ergh ! Sedih tak , cerita aku ? Cakap sedih , kalau tak ......

Okay la . Banyak dah kot aku update . So , yeah . Bye .

Eh jap !
Tadi Yah call . Dia tanya apa jadi dengan rambut dia . HAHAHA , no comment la yah . P tanya ibu (;

Okay dah . Bye .

Woles !

No comments:

Post a Comment