DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, August 26, 2010

Nak edit gambar

Hm . Yelah kan . I was thinking of editing my picture sebelum pakai braces , semasa pakai braces and selepas pakai braces . And then baru teringat . Ada sebenarnya hard disc dekat aku . Ada . Memang ada -.-'

Lupa gila hard disc tu kasi kat cikgu sebab nak hantar gambar gambar kelas . Dammit . I miss my hard disc already . Padahal tadi baru je tau kasi kat cikgu . Haish , hard disc tak ada ni . Apa aku nak buat ? Melanguk ? Eh weh ! Jangan nak berangan lebih ! Pergi study la , makcik . Hadoii . SPM dah dekat dah , tak ada kesedaran diri langsung !

Aku dalam dilemma ! Tak tahu nak follow kawan yang mana . Hari Jumaat ni ada jamuan berbuka puasa dengan kelas , tempat tak berapa nak menarik , Ayam Penyet Wangsa Maju . Hari sabtu pulak dengan member member lain sekolah , tempat sah sah menarik lah kan , Kenny R. Convention Centre . Sumpah tak tahu gila nak follow yang mana . Kalau ikutkan hati , nak makan sedap . So Kenny R la . Tapi sayang gila dekat classmates , nak follow diorang jugak . Haish , tak boleh jadi ni . Kena pilih satu je . Mana boleh pilih dua dua . Banyak pulak duit aku kan ? Eh , cakap pasal duit . Jap aku nak kira duit aku jap .

Eh , niiiiiice . Aku ada RM4.85 sahaja . Berangan lah kau nak berbuka dengan member member kau , Athirah . Memang tak la kau nak dapat berbuka dengan diorang . Dah la sekolah banyak mintak duit . Betul jugak cakap Adam . Cuba fikir , tak segan pulak kan nak mintak duit mak bapak . Banyak pulak tu . Haish .

Tengoklah keadaan . Kalau mak bapak aku kasi keluar berbuka dengan korang , tak tahu lagi nak pilih mana , classmates ke member lain , aku keluar la . Aku roger . Kalau tak , sorry la . Memang tak dapat la aku nak join walaupun hati aku ni memberontak , nak gila follow korang . Have fun la korang kalau aku tak pergi (:

Weh aku obsessed dengan lagu About You Now by Sugarbabes . Tapi aku obsessed dengan acoustic version la . Best gila . Lagu tu buat aku termenung dekat sekolah , lama gila (*:

Semalam tak dapat cendol , hari ni nak kena pergi beli ! Dah , banyak dah aku celoteh . Bye

Woles !

P / S : I AM NOT REALLY A BITCH BUT I PLAY ONE ONLY IN YOUR LIFE (;

No comments:

Post a Comment