DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 24, 2010

Godaan dan cobaan

Hari ni kerja aku asyik makan je . Makan makan makan makan makan . Itu jelah aku buat . Non-stop aku makan hari ni . Ish . Apa nak jadi ni

Oh aktiviti hari ni ;
1 Pergi Wangsa Walk Mall . Main bowling . Terserempak dengan Aqil Mahat dekat sana . Ingat tak nak tegur dia . Wa buat buat tak nampak . Alih alih , time dia nak pergi beli makanan ke minuman ke apa benda , suka hati dia la , dia ternampak wa kot ? Lepas tu dia panggil panggil . Okay wa pandang , jelir lidah macam hantu raya , lepas tu dah . Wa toleh balik . HAHA . Oh tadi main bowling dengan Kak Long , Yah , Iman , Abang , dengan Adik je . Tapi Kak Long kena balik awal sebab ada hal . Lepas main bowling , jalan jalan kejap lepas tu pergi buat seni . Yeay ! Ni gambar

Alaaa , sorry la . Gambar tak lawa . Al-maklumlah . Dak dak ambik gambar pakai phone je kan . Phone dah la lopek

2 Pergi Jusco AU2 . Saje je jalan jalan , buang masa yang terluang . Al-maklum , parents takde . Home alone sampai Rabu minggu depan . Sampai je Jusco terus pergi beli Sushi , lepas tu makan dekat food court . Lepas tu pergi solat , lepas tu jalan jalan lima minit , lepas tu turun nak makan . Masuk RasaMas , lepak jap , tak sempat order lagi , buat muka konkrit , keluar sebab nak makan dekat food court je . Makan dekat food court lepas tu balik . Masa dekat Jusco tadi , subhanallah . Asyik tergoda je tengok makanan . Nampak tu , nak . Nampak ni , nak . Padahal perut kenyang sangat sangat . Dah tak larat dah nak makan , tapi nak jugak benda benda tu semua

3 Balik rumah . Sampai je rumah terus panaskan kuah durian mak buat semalam . Aku habiskan . Yeay ! Makan lagi -.- Lepas tu dalam pukul 10 macam tu Uncle Mi datang lepas tu dia keluar beli McD . Makan lagi -.- Makan sambil tengok movie , The Back Up Plan . Habis dalam pukul 11 sebab movie start awal sikit

So I guess that's it . Esok nak keluar turun KL pulak . Haish . Enjoy benar aku ni -.-

No comments:

Post a Comment