DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, March 29, 2010

Perkhemahan Kokurikulum SMK Lembah Keramat


26 sampai 28 haribulan hari tu sekolah aku ada buat kem . Tujuan kem ni just untuk cover markah kokurikulum pelajar , especially budak budak form five tahun ni . Tapi disebabkan pelajar pelajar form five tahun ni ada yang berat tulang , malas nak join , cikgu open untuk form four dengan form three sekali .

Okay mulanya kem ni pukul 3 petang hari Jumaat . Semua pelajar wajib berkumpul and register ikut group . Aku dapat group 6 , Yazmin dengan Puteri dengan Aylia dapat group 4 , Hajar dengan Fatihah dapat group 2 . Awal awal lagi aku dah rasa kem ni sangatlah membosankan . Dah habis register , cikgu membebel bagi taklimat dekat depan . Okay , fine . Dah habis , pergi dirikan khemah . Semua berjalan lancar .

Dah habis dirikan khemah , kami semua pergi dinner . Makanan pertama disediakan , nasi ayam . Nice , aku makan satu dua suap sudu plastik lepas tu aku buang . Membazir betul Athirah ni . Tak baik . Okay dah habis makan , aku terhegeh hegeh nak pergi mandi . Aku paling lambat mandi . Nasib baik tak solat . Habis mandi , semua berkumpul dekat surau sebab ada ceramah agama lepas solat Maghrib . Habis slot kerohanian tu , ada slot lain yang dipanggil pecah bendungan . Okay , aku sangat tak tahu pecah bendungan tu apa sampai la ada orang cakap yang pecah bendungan tu ice breaking . Bodoh kan ? Bodoh kan ? Hm , bodoh la jugak .

Dalam ice breaking , kitorang diminta tiup belon lepas tu ikat kat kaki lepas tu bina satu group yang warna belon dia sama . Okay , beres . Lepas tu , belum sempat fesi - whatsoever they spell it - bagi arahan , ramai gila pergi pecahkan , pijak belon orang . Fesi marah gila . Atas sebab tu , slot yang kali ni tak menjadi . Semua diarahkan duduk balik ikut group . Fesi membebel , blablabla . Dah habis , kitorang minum malam , balik khemah .

Dah balik khemah , semua tak boleh tidur walaupun masing masing mengantuk bagai . Pelajar perempuan macam makcik berborak tak ingat dunia , pelajar lelaki dah macam cacing kepanasan ke hulu ke hilir berjalan . Entah apa yang dicarinya aku pun tak tahu . Sampai satu tahap , cikgu memekik terlolong pakai heller , marah marah . Banyak kali la jugak . Paling tak tahan ayat cikgu , dalam pukul 2 ke 3 lebih dia marah kata , " Pelajar perempuan ! Kamu jangan nak buat dosa kering malam malam buta macam ni nak tayang apa yang kamu ada dekat kepala tu . Nak keluar khemah pastikan kamu pakai tudung ! " Okay sesiapa boleh bagitahu aku dosa kering tu apa ? Banyak jugak jenis dosa ni kan ? Kering basah lembap sederhana kering sederhana basah semua ada kan ?

Kami semua dikejut cikgu dan fesi pukul 5 pagi . Semua pergi mandi , siap , solat . After solat ada lagi slot kerohanian dekat surau . Pelajar perempuan yang makcik makcik sekalian semua lentok gila dalam surau . Siap terbaring baring tidur . Lepas tu , kami ada aktiviti gerak cergas . Kitorang kena lari lari anak mengelilingi sekolah . Yang peliknya , dah jogging satu sekolah baru nak panaskan badan . Okay aku sangat tak faham dengan sekolah ni .

Dah habis exercise , kitorang pergi breakfast . Makanan yang disediakan , nasi lemak . Aku langsung tak sentuh . Aku letak balik atas sebab taknak buang rezeki . Konon dah insaf . Lepas breakfast kitorang ada slot ikatan . Kitorang diajar cara cara mengikat yang akan dipraktikkan masa slot pioneering , dimana kitorang diarah buat gadget untuk hias kawasan perkhemahan pelajar lelaki . Masa pelajar lelaki buat gadget , lapan pelajar perempuan setiap kumpulan diarahkan memasak for the whole group . Satu group lebih kurang dalam 25-28 orang . Tapi alhamdulillah , group aku ada 19 orang je . 10 lelaki , 9 perempuan .

Bila pelajar lelaki dah habis buat gadget apa semua , diorang datang makan masakan kitorang . Subhanallah , Allah jela tahu debaran hati ni . Mana nak pernah aku masak untuk orang . Sekali kena masak untuk orang lain , ramai pulak tu . Kecut perut den . Tapi alhamdulillah , lelaki group kitorang kebanyakkannya baik and diorang kata diorang berterima kasih sangat sebab masak . Lapar sangat lah tu .

Lepas makan , semua pergi solat . After solat ada minum petang . Lepas tu pulak kitorang ada aktiviti lasak . Aktiviti lasak ni sebenarnya takde la lasak mana , Takar panjat pokok , ada tali . Lari zig zag . Merangkak masuk tempat gelap yang sekelilingnya ada peluru taik gajah tu , ular mainan , bola budak budak main dekat pool and paling penting , stoking Encik Darmadi Karya Ariffin kita tu . Lepas tu ada la , orang kena angkat kita ramai ramai untuk lepasi benda apa tah namanya , lepas tu meniarap yang macam dalam askar tu , habis basah , kotor tudung . Dah habis aktiviti tu , kitorang tolong lelaki siapkan gadget , then bila dah habis , makan , mandi , solat then ada slot kerohanian lagi .

Dah habis slot kerohanian , ada pertandingan persembahan pulak . Persembahan lelaki , dengan persembahan perempuan dibuat berasingan . Perempuan buat dekat dewan , while lelaki buat dekat kantin je . Perempuan punya persembahan sumpah merapu taik ayam sebab persembahan nak bertemakan Satu Malaysia . Group aku buat boria . Sumpah majal gila atas stage . Dah habis semua , tunggu kejap , cikgu bacakan markah bagi setiap kumpulan , markah perempuan je . Well , tak tahu macam mana , group aku dapat markah tertinggi dengan jumlah markah 17.5 over 20 . Alhamdulillah .

Dah habis perempuan , kitorang turun pergi dekat lelaki . Persembahan lelaki group 8 sumpah lawak . Boleh tak diorang buat concert Wali Band dekat depan nyanyi lagi Cari Jodoh ? Tak kena dengan tema langsung . Dah habis persembahan lelaki , kitorang ada game . Kelakar la game tu . main bom bom , sambung sambung ayat , lelaki versus perempuan . So far , game jela aktiviti paling meriah dan menyeronokkan .

Dah habis game semua , kitorang minum malam then balik khemah . Okay kali ni ramai tidur awal . Penat sangat la tu . Tapi awal awal pun takde la awal mana , dalam pukul 1 pukul 2 jugaklah . Aku dengan Hajar tidur dekat luar khemah . Kami bentang selimut , baring stargaze . Well , adab menghormati tetamu sampai sanggu tidur dekat luar tak cover apa apa . Nyamuk sumpah berlambak .

Pukul 5 pagi esoknya , kitorang dikejutkan cikgu dan fesi . Semua pergi mandi , then solat . After solat ada slot kerohanian , ceramah agama . As usual lah kan , perempuan lentok habis . Majority tidur baring . Selamba je . Dah habis kuliah subuh , gerak cergas . Buat benda sama macam hari sebelumnya , lari lari anak satu sekolah then panas kan badan . After that pergi breakfast , bihun goreng . Again , aku tak makan . Dah habis makan , aktiviti yang ditunggu tunggu semua orang , runtuh khemah . Semua tak sabar nak balik . Runtuh khemah cepat gila .

Lepas runtuh khemah , semua berkumpul balik dekat kantin sebab ada aktiviti penyampaian hadiah . Group kitorang tak banyak menang , nombor satu masakan , nombor dua pertandingan dan nombor tiga aktiviti lasak . Tiga benda tu je kitorang menang . Secara keseluruhan , group satu memang , Tapi takpe , kitorang kalah bermaruah . Diorang menang dengan 301 point . Kitorang nombor 3 dengan 300 point je . Yang nombor dua 300.5 je . Tak banyak beza pun .

Dah habis penyampaian hadiah dan sijil , kitorang bahagi bahagikan hadiah . Habis je , semua balik .

Alhamdulillah , kem kali ni berjalan dengan lancar . Walau bagaimanapun , kami yang letih pandang sekolah daripada hari Isnin sampai Ahad dipaksa untuk ke sekolah keesokan harinya . Cikgu kata kalau siapa tak datang tanpa surat MC doktor , cikgu tak akan kasi sijil . Kejam .

Balik je dari kem , aku tanpa membuang masa pergi check-in dekat toilet rumah aku . Subhanallah rindunya aku dengan toilet rumah aku . Selesanya subhanallah . Tanpa memikirkan masa depan aku beramal . Dah letih dah simpan dia hari Jumaat sampai Ahad . Puas . HAHA , tu pun nak cerita .

Okay aku dah cerita panjang gila . Terima kasih la kepada sesiapa yang baca . Sudi jugak korang nak bacakan ? HAHA . Thank you , thank you .

Saya mengakhiri cerita saya pada hari ini dengan ucapan Assalamualaikum dan terima kasih . Sila datang lagi (:

* P / s : Nik sumpah semangat update awal . And sekolah sangatlah bosan hari ni .

1 comment:

  1. well sometimes our school' such in boring n annoyiong,plus, our school is somewhat like a zoo (yelah, dengan lembu nye, monyet lg, musang lg..) but another time after you hold the "EX-STUDENT" of Kelley High Shcool's title, i believe u will never forget the "boring" moments during high school time..hahaha..sebab saya pon salah sorang bekas pelajar kat c tu..

    ReplyDelete