DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, February 27, 2010

KEMENANGAN ZUHRAH MASIH HANGAT DIRASAI

Salam ,

Semalam ada ari sukan dekat sekolah . Sumpah macam best gila . Macam biasa , nak banggakan diri dulu , pasukan rumah sukan aku menang . HAHA , Iye . Memang banyak gambar tapi bila nak upload dekat FB je mesti ada masalah problem . Tension sungguh aku -,- nanti aku try lagi .

Oh , semalam , hari Jumaat , hari Maulidul Rasul , 26hb Februari 2010 aku dapat adik baru , mak lain .

Tadi pergi hospital tengok dia . Kami selaku budak budak yang niat di hati tak nak ganggu perbualan orang orang tua , duduk dekat luar . Sebelah bilik baby tu . Nurse kata baby boleh masuk pukul 7.15 p.m . Agak agak pukul 7.11 p.m macam tu nampak nurse tolak baby . Tanpa segan silu aku tanya la baby nak hantar kat bilik mana . Nurse tu kata bilik 320 . Tunggu bapak lagi , Tara , Aish , Agirl , Af , Abang Ngah , Abang , Aboy , Adik Azfar , Adik Qila dengan aku terus jadi pengapit beramai ramai usung baby masuk bilik . HAHA , Tak malu betul -.-


Tengok tu , baby sampai je tangan semua gatal nak pegang . HAHA , Al-maklum lah . Dah lama tak nampak baby kecik macam tu (:

Sebelum balik , abah baca jampi dekat baby . Gahaha , jampi apa entah -.-

Okay , sekianlah cerita saya pada hari ni . Kembali lagi pada waktu yang sama , esok hari , hanya di dayangathirah.blogspot.com . HAHA

WELCOME TO THE FAMILY , DANNY (;

* p / s : Tiba tiba je rasa macam rindu gilaaaa dekat Akmal Haziq (:

5 comments: