DAYANG ATHIRAH'S OFFICIAL BLOG

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 18, 2009

Al-Kisah hari Jumaat 17072009

On Friday , 17th July 2009 .

Pagi :
Bangun pukul enam setengah pagi tapi terasa malas nak ke sekolah . Off phone , kunci pintu . Tapi mak berjaya kejutkan saya suruh pergi sekolah . Tapi saya tidur semulaa . Pada jam lapan pagi , abah bukak pintu bilik dan menjerit , " TAK PERGI SEKOLAHHH???!! " . Nampak gayanya , dia sedang marah . Akan tetapi , saya dengan selambanya bangun , diam dan sambung tidur . And last , saya bangun daripada tidur , setelah puas tidur over time , jam sepuluh pagi . Selepas itu saya meng-online-kan diri . Pada jam sebelas pagi , saya pergi mandi sebab nak pergi ke Bandar Sunway . Dah habis mandi , siapsiap semuaaa , mak turun . Mak terkejut melihat kelibat saya yang berada di ruang tamu sedang khusyuk menonton cerita bodoh yang diberi tajuk , Kapten Boleh ! Mak tanpa segan silunya bertanya , " Tak pergi sekolah ? Nak ikut makk ? " *dengan nada yang agakagak ceria . Lalu saya menjawab , " Mak nak g ane ? Athi nak g Bandar Sunway " . Mak saya bilang , " Ohh , Kalau macam tu bawak balik pinggan pakai buang nak pakai besokk " . Saya pun menjawab , " Okayy " .

Setelah itu , ride saya arrived . Saya dengan kelamkabutnya menyiapkan diri yang sudah hampirhampir siap itu . Saya berlalu pergi sebaik sahaja saya bersalaman dengan Abah , Mak dan juga Abang .

Semasa dalam perjalanan , saya singgah di bank untuk men-deposit-kan duit . Aktiviti itu selesai pada jam sebelas lima puluh enam minit pagi .

Tengah hari :
Saya masih berada di dalam perjalan hendak ke Bandar Sunway . Percaya atau tidak , setiap kali saya hendak ke Bandar Sunway , saya mesti STUCK dalam kesesakan lalu lintas . Punyalah tangent dan bulatan ! Saya dengan perasaan bengang ditambah dengan pening kepalanya menukar siaran radio yang sesungguhnya memainkan lagu yang kurang senang otak dan telinga saya mendengar . Bermacammacam lagu diputarnya , bermacammacam siaran dibuka saya .

Saya tiba di Bandar Sunway pada jam kirakira satu setengah tengah hari . Sebaik sahaja sampai , saya berasa lapar yang teramat lah sangat . Saya dengan tiada perasaannya mengajak orang yang dikenali untuk pergi makan bersamasama di McDonald yang terletak berhampiran . Naknak , pada jam itu , McDonald sedang mengadakan potongan harga buat jam dua belas tengah hari hingga ke tiga petang .

Petang :
Pada jam dua plusplus saya pergi makan McDonald , Big Mac to be exact . For the first time in my life , saya makan BIG MAC ! Punyalah besar mulut nak kena bukak ! Astaghfirullah Al -Azim ! Tak manis dipandang dek orang . Tapi aku apa kesah ? Makan sahajaaaa . Perut dah lapar .

Sebaik sahaja saya selesai makan , saya pergi ke kedai phone untuk membeli top up XPax sepuluh ringgit . Selesai saya membeli , saya pulang ke tempat lepakan dengan cepatnya . Al-maklumlahh . Nak melalukan amal jariah . Setibanya saya di tempat lepakan , terus saya menuju ke tempat kebanyakan orang beramal jariah , iaitu TANDAS . Sudah selesai beramal , saya meng-online-kan diri saya sehinggalah jam tujuh malam .

Malam :
Saya beransur pulang pada jam tujuh setengah malam . And one again , saya STUCK dalam kesesakan lalu lintas . Dan apa lagi ? I do the same thing as I did masa nak pergi tu lahh . Macam orang kurang siuman tukartukar siaran . Bermacammacam lagu saya nyanyi .

Semasa dalam perjalan pulang ke rumah , sebenarnya saya sudah berada berhampiran dengan rumahh , dalam kawasan AU3 itu juga lahh , di simpang sebelum masuk ke kawasan perumahan , di depan TNB , saya berhenti untuk makan ! CHAR KUEW TEAW * tak reti eja * Hmmmmm , SEDAPPPPP !!! Setelah selesai , barulah saya beransur pulang . Saya tiba di rumah pada jam hampirhampir sembilan malam .

Saya dengan tak semenamena menge-call kawan saya , Hajar , untuk bercerita . Hampir dua jam kami bersembang . Kami berhenti bersembang dan meletakkan gagang telefon pada jam sebelas malam . Saya dengan terus menerus meng-online-ken diri lagi . Dan saya selesai menulis blog ini pada jam dua setengah pagi . Pergh ! Dah lambat ! Tidur dulu ! Bbye , :DD

2 comments: